Blogger Layouts

mY sibLing..

mY sibLing..

Jumaat, 10 September 2010

Di Mana Cantik Seorang Muslimat...

Mungkin pada sepasang mata yang bening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra didahi umi, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak..

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk mencantikan seorang perempuan..

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan..

Kita perempuan itu. panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan surram, mata akan kelam..

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dpupuk dengan iman dan ibadah..

0 comments: