Blogger Layouts

mY sibLing..

mY sibLing..

Ahad, 12 September 2010

kaD buAT IsTEriKu..

Ardiniku,
     Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kita yang pertama. Opss.. yang keempat sebenarnya. Alhamdulillah...
Ardiniku,
       Sesungguhnya, sungguh manis menjadi suamimu. menjadi suami kepada isteri yang amat setia dan amat penyabar. Sesungguhnya, diri ini amat bertuah kerana ditentukan yang ESA untuk menjadi suamimu, sayang.
Ardidiku,
       Andainya sayang masih ingat ketika pertama kali Bie melamar sayang untuk menjadi permaisuri Bie, tiada mawar merah yang Bie hulurkan. Ynag ada hanyalah sejambak bunga matahari. Seperti hari ini juga , sekali lagi Bie hadiahkan sejambak bunga natahari untuk Ardini , isteri yang setia. Maaf andainya sayang rasa ia tidak romantik tetapi bagi Bie, sayang umpama bunga, indah untuk ditatap, bahagia apabila dapat dimiliki dan sayang umpama matahari yang sentiasa  memberi sinar kehidupan dan kebahagiaan untuk Bie. Jadi, sayanglah bunga matahari dihati Bie.
Ardiniku,
        Terima kasih kerana sabar melayan setiap kerenah suamimu ini.
        Terima kasih kerana terus setia mencurah kasih sayang kepada suamimu ini.
        Terima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga untukku.
        Terima kasih kerana memberikan suamimu ini satu lagi cahaya yang bakal menyinari hidup kita berdua tidak lama lagi.
        Terima kasih atas segala-galanya, sayang. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya .
        Selamat ulang tahun, semoga sinar kebahagiaan yang diredai ALLAh akan terus menyinari kita selamanya.
                                                                                                  Your beloved hubby a.k.a gorila pencen

0 comments: