Blogger Layouts

mY sibLing..

mY sibLing..

Rabu, 15 September 2010

KITA HARUS BELAJAR..

Kita harus belajar daripada kekecewaan
kita bangkit daripada kegagalan
kita harus memahami kejatuhan kita
bukan bererti matinya semangat
berkubur keyakinan begitu sahaja.
Tetapi...
daripada rebahnya sekeping hati
akan bangkit seorang insan
mengangkat martabat maruahnya
menjulang kembali maruahnya
menggegar kembali jeritan dan
laungan kajayaan serta kemegahan diri
sebagai tanda bahawa...
setiap yang jatuh dan rebah itu
bukan tersungkur mati...
Malah... kehidupan berselimut kelesuan
akan menjadi jaring perkasa
akan menyerkup kambali dunia baru
dan pada masa itu...
kita adalah seorang insan
paling bertuah di bumi
tempat kaki berpijak dan berjunjung.
Kita harus mengambil iktibar
bahawa kekecewaan serta kegagalan
bila dipintal mulia akan menjadi satu
simbol kejayaan diri sendiri.....

0 comments: