Blogger Layouts

mY sibLing..

mY sibLing..

Selasa, 14 September 2010

Menjauhi 7 Dose Besar!!!!!!

terdapat 7 dose besar yang dilaknat ALLAH terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
1. Syirik kepada ALLAH- mempersekutukan ALLAH dengan perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan..
2. Sihir
3. Membunuh jiwa yang diharamkan ALLAH melainkan dengan jalan yang benar.
4. Memakan harta ank yatim.
5. Memakan riba
6. Lari dari medan perperangan
7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

          Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian membenarkan tentang apa yang dikatakannya, maka solat orang itu tidak diperkenankan ALLAH selama 40 hari.
          Amalkan membaca surah al-Baqarah bagi mengelakkan sihir seperti termaktub di dalam hadis berikut:
          Dari Abu Umamah al-Bahili r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; "Bacalah al-Quran kerana ia akan datang syafaat kapada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan al-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh penyesalan dan membacanya tidak dapat dikuasai. (dikuasai oleh tukang-tukang sihir )."

0 comments: